Hati?
Ya, hati.
Siapa ada hati sila senyum sekarang.
Tahniah, anda masih punya hati.
HAHAHAHA. ok. ini mengarut.
.............
Dalam hati
siapa yang mengetahui isi hati seseorang?
siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia?
bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat? *uiseh*
hati, tidak ada seorang pun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.
percaya atau tidak? its up to you guys. taip mengikut fakta or tidak, tp ini adalah kebenaran. ngohohoho ^.^
apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati. bukan bererti perlu hipokrit a.k.a selpishh tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. absolutely ._.
apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih. pendek kata uolsss, jgn menghiperbolakan keadaan yg boleh diselesaikan dgn cepat. ngeheh
begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya.
cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allah lah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri.
perghhhhh, ayatttttttttttttttt!
“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik- baik Pelindung.”
waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah ia ingin tersenyum setiap saat.
yesss, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya.
saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.
tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya.
tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna ?
tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?
Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin
cukup bermadah. out for now. lailan said, fihifzillah.
Lahve,
Yani.
Assalamualaikum

No comments:
Post a Comment