Thursday, November 21, 2013

Camping di PULAKOP , Kinarut , Sabah. 29 Mac 2013 - 31 Mac 2013

Assalamualaikum w.b.t kepada kalian semua
Today i want to share about my experience with my friends.... eh eh eh eh eh . *spekeng gituu* gunalah bahasa ibunda kita , bahasa Malaysia . eheheh.

Begini ceritanya.... *ehem*

1ST DAY OF CAMPING

Pada bulan-bulan lepas punya lepas , iaitu bersamaan dengan 29 - 31 march. Sekolah kami yg tercinta iaitu S.M.K Perempuan Likas telah mnghantar 4 org wakil utk ke pertandingan ex-plorace di PULAKOP, Kinarut. Setiap sekolah akan menghantar 4 org wakil sahaja. So , jumlah sekolah yg ikut nie actually 30 buah sekolah , tp ada 1 so far awaaaayy~ pelajar2 yg terlibat iaitu yani(pemilik blog ini) , shalin , ayu dan akmal. Geng karas nie yg pergi xD

So , its started like this. Kami berkumpul di sekolah pada jam 4.30 petang. Lepas tu , kami naik kereta cikgu vinnie(guru pengiring kami) , semasa OTW ke kinarut tu , cikgu pasang movie gitu lohh. wayang legend bh di pasang , BARBIE gituuu~ ahahhha. layan sajalahh, asal terhibur hati ini.

Jam 5 lebih bgtu , kami sampai di destinasi. sebelum kami check in di asrama , kami mndaftar dulu dkt dewan , kami dibagi name tag(yg mcm budak U punyerr tu) dgn t-shirt sekali. lepas itu , kami check in lahh di asrama tersebut. expectation aq , asrama dia nie yg mcm besa2 jak. sekali , WHOA! im so amazed ohh. maju gituu. asrama dia ada Wifi , hot water , tv and the most important. Setiap bilik ada AIRCOND~ weeehoooo~ our first reaction masuk bilik kami kan , we were like "waaaaahhhhhhhh!!" ahahahaha xD awesome gilerrr. *mcm nda pernah nmpk aircond jak, sakai ehh >.<*

Selepas itu , kami diberi masa utk mandi apa smua. ohhhyaa , lupa mau bagitau nie , camping kan selalunya sangat2 strick n tegas gilerr. Yg ini , camping dia sangat2 chill and steady. I like it :) Selepas kami bersiap2 apa semua tu, kami ada sesi taklimat or briefing about the ex-plorace lahh. To be honest , keboringan kami dngr taklimat dia. Ngam lagi dewan tu ber-aircond , layu2 mata kami semua xD Habis taklimat itu , kami dinner. Kalau diperhatikan lah kan , almost every building di sana ada aircond ni. Even dewan makan dia pun ada aircond. maju betul lahh xD I suke I suke xD Kesejukan kami makan.

Pada malam itu , kami decided mau study utk ex-plorace tu. Lol , at first study lah , last2 kami ended up makan snacks yg akmal bawa. Ahahahaha xD kunun kami plan kami bngun awal sikit time subuh2 tu , then sambung study lah kan. Bngun awal apanya ? Ngam2 solat subuh , baru kmi terbngun. Well , kami solat subuh sama2 and ready for the ex-plorace.

2ND DAY OF CAMPING

Pada pagi itu , kami bersiap2 dan pakai baju tshirt yg kna bagi time pendaftaran. Kami tampak sungguh serasi apabila memakai baju yg sama~ ahahhaha xD sebelum kami menuju ke dewan , kami sarapan dulu. Sepatutnya sarapan ni cuma makan makanan ringan , hanya untuk alas perut sahaja tapi kena bagi nasi lemak. Hantam sajalaaaa~ Well , after breakfast , kami smua berkumpul di dewan dan diberi taklimat sedikit lahh. Kononnya MC tu ckp , sblum mulakan ex-plorace , kami akan lakukan bberapa senaman ringan. cceh , senaman lah kan, senaman mulut jak pun. Bt yell2 bgtu jak.

Well , lepas tu , setiap nama sekolah disebut , dan wakil dri stiap skolah ambil clue utk checkpoint pertama nnti. ohhya , hampir lupa. semasa malam taklimat tu , stiap skolah akan di beri kumpulan. Kesemuanya ada 5 kumpulan. Sekolah kami ialah kumpulan ke-4 dan kami diberi satu kad berwarna. Slepas kami diberi checkpoint masing , kami diberi 10 saat utk buka clue di dalam dewan , dan siren pun dibunyikan. Serious , bertempiaran org berlari xD ahhahah. kami pun pergi lah ke check point kami yg pertama. Clue yg kami dpt tu , dia langsung tdak beri tahu di mna lokasi checkpoint tu , kami main hantam jak pegi mana2 checkpoint. Well , checkpoint kami yg pertama ialah macam kecergasan bgtu. Well , we perfomed it well. lajuuu jak kami siapkan check point pertama tu. AWESOMEE~

Selepas kami selesaikan checkpoint pertama , kami pergi check point ke-2 iaitu berkaitan dengan alam sekitar. Kami diberi tugasan untuk mewarnakan logo-logo KPNDKK dan logo ntah apa ntah tu xD ahahhahahaha. lepas tu , ada pulak susunkan cara2 menyediakan baja kompos. Kami yang blurr2 nie bh , nda tau apa benda tu -.- Kami almost diberikan penalty but we made it! bnyk kali salah. adeiii~


Checkpoint ke-3 pula mngenai KESIHATAN. Kami diberi cabaran tentang mengisi jadual perbezaan harga barang di sabah dan semenanjung. wauhhh~ itulah soalan yg.... kami lngsung nda faham (._.) kami hantam jakk , isi jak apa2 makanan n letak harga sana. asal kami hntr jwapan kami ke penjga checkpoint tu , mesti salah -.- shinggakan kami terpaksa ambil penalty. YEAHHHH~ MAKAN PISANGG!! xD shalin dgn akmal muntah mkn pisang tu. ntahla knapa -.- aku dgn ayu selamberr jk mkn , ngahahahha~ shodappp :D

Selepas itu , kami bergegas ke CHECKPOINT KE-4 , iaitu mngenai kewangan. Kami rasa itulah chekpoint yg paling SUSAH and yg paling bnyk memakan masa kami. SO HARDD!! kami diberi tugasan utk kira syiling yg ada di kertas tu ,dan hitung smua jumlah dia. lepas tu , tugasan dia mngenai akaun~ Ya Allah , we dont even know a thing about that!! blurr nie bh -.- kami hntr jwapan tu almost 4 kali , n tetap salah!! lepas tu , kami sakat2 la skit penjga checkpoint tu utk bagi clue. uhuuuu~ lembut skit hati dia , dia bagi kami clue sikit. lerrrrrrrr~ senang jak pun. susun jk bagi nombor. lepas tu , kami teka2 , then YESSS!! FINALLY! dapat jugak jwapan yg btul -.- pergghh , menyusahkan hidup betul.

Dengan BANGGANYA kami pergi ke garisan penamat ,and kami ingat checkpoint terakhir tu ada dekat garisan penamat tu. YEAHHH~ kami pun dengan bangganya menjejakkan kaki ke garisan penamat dan photographer tersebut mengambil gambar kami dan kami dpt tempat ke-4.

Lepas tu , penjaga garisan penamat tu tngoklah kertas checkpoint kami, lepas tu org tu cakap "ehh? kamu tidak pergi checkpoint yg terakhir? ni masih kosong nie?" WALAOOOO. Rupa-rupanya checkpoint yang terakhir tu belum lagi kami pergi. Terasa hampa di dada. Kami dengan tangkasnya *sseh* berlari ke checkpoint yg terakhir dan menghabiskan tugasan yg diberi dgn sepantas kilat. AHAHAHAHHA. Sebenarnya untung juga kami hafal prinsip pengguna tu , dan tulis di tangan masing2. In case la kalau terlupa.

Setelah selesai checkpoint yang terakhir tersebut , kami pun bergegas ke garisan penamat iaitu dewan utama di PULAKOP tersebut. Hasilnya kami mendapat tempat yang KE-7. Yayyyyy! well , we're a little bit dissappointed but as long as SMK. (P) LIKAS achieved top 10. Kami sekolah perempuan kalahkan sekolah campur and sekolah lelaki. WAKAKAKAKAKA xD

Berkat doa , usaha dan kerjasama masing-masing , kami boleh menepis sgala cabaran yg menghalang kami utk berjaya. Penat lelah kami tetap bersama :) walaupun semput gila sbb berlari ke hulu hilir , sdhla besar tu tempat -.- so , sekolah yg mendapat tempat pertama ialah saya tidak ingt -.- yg aku ingt sekolah tu di kota marudu. Yalorhh , kota marudu kn bnyk dusun. Orang2 dusun ni lagi kbanyakannya athelet. Muahhahahahahah xD dorang dpt pergi semenanjung and bertanding di sana lagi. I hope they can make Sabahan people proud of them.

Sesudah itu(waisehh , melayu baku tau) ahahahha. Selepas sudah diumumkan pemenang tmpat pertama dan sbginya , kami berehat di hostel. Kami pasang aircond , then semua baring terussss xD penat braderr. Then we take a shower. Refresh balik badan xD PENAT! BERPELUH! seperti biasa , kami menunaikan kwjipan sbgai hambaNYA.

Then at night , semua peserta diarahkan utk berkumpul dgn berpakaian formal/sekolah. Kitorang dgn sempoinyerr pakai baju PJ sekolah. Ada lambang SMK (P) juga bh . ahahhahah. Kami dngr kata alu-aluan dri pngerusi majlis , pengusaha PULAKOP tu , then bla bla bla bla. Kami sngt2 ngantuk. semua mata layu sdh dngr beliau tu berckp. Bercerita lagi kami dgn peserta yg dpt johan tu. wuuu ~ sporting wooo~ xD

Then kami ditayangkan slideshow masa ex-plorace tu dijalankan. gambar kami bnyk kena ambil time checkpoint pertama. Berbagai2 reaksi muka bh kena tayang. BIDA!! bikin malu betul xD org mekong2 mau laju siap tu checkpoint , sana juga kena gambar. ahahahahhahah xD org ambil la bh lawa2 :P after that , kami dinner di dewan makan yg sngt mahsyukkk. Ahahahhahaha.

Selepas kami mengeyangkan perut masing2 , kami pusing2 tasik di PULAKOP tu. Sudahla gelap tasik tu , lampu dia pun , nduu bh. Samar2 jerr xD sunyi lagi tu -.- malam2 kn. ahahahha. spend time together , well since it was ous last night there. Kami nyanyi lagu "aku sedang ingin *arghh* bercinta *yarghhh* karena" lol ok lol xD but we did had fun together :) then tiba2 ada suara melaung , "peserta , semua balik dorm. lights out" ok boss. kena halauu xD ahahahhahahah. then kami stay2 lgi di dewan makan  kejap , dngr org karaokae. perrghhh tahan2 jk eardrum dngr org tu nyanyi -.- as we was soo tired , we decided to back to our room and get some rest. It was kinda sad because it was our last night there. I was so enjoyed and happy. I will miss it. daaaaan sudah tiba masanya utk lelapkan mata. START A NEW DAY!

3rd DAY. LAST DAY

It was our last day in PULAKOP. Kami breakfast di dewan makan. Alas perut dulu. Then kami balik dorm , kemas2 barang utk pulang balik ke sekolah. Since it was sunday , guru pengiring kami iaitu Teacher vinnie penganut agama christian , so dia pergi church la masa tu. Rasa2nya kami perserta yg paling lambat pulang. Kosong sdh tempat tu , dorm pun kosong sudah xD ahahahahha. so , lebih kurang kami la conquer lobby tu , tengok tv ,, tengok bilik org lain.

3 jam sudah berlalu , dengan perut yg kebuluran , kami sabar tunggu cikgu utk fetch kami. Perrghhhh. Kebulur betul -.- koperasi di sana pun tutup. Dewan makan pun tutup. Lenggang gila tempat xD well , dengan kesabaran yg tersisa dlm hati kami , cikgu pun sampai utk ambil kami. Masa tu , berat hati mahu tinggalkn tempat tu. Banyak kenangan yg ditinggalkan di sana. Tapi , bnyak2 tempat , HOME IS T HE BEST. HOME IS THE MOST SAFE PLACE THAT YOU COULD EVER BEEN. Lebih kurang jam 1 , kami selamat tiba di sekolah. Masing2 mengundurkan diri utk ke kediaman masing2. Perasaan penat dan mengantuk tu memang ada tetapi perasaan rindu yg teramat menggunung di sanubari.

Harap-harap , kami berpeluang untuk ke sana lagi. Rindu pula dgn tempat tu. Banyak kenangan manis yg kami cita bersama. Pengalaman tidur sekatil n tidur dilantai.

I hope our friendship last long until 'Jannah'. In shaa Allah.

Well , that's all. Thank you for reading. PEACE YA'LL

Penulis yg comel,
Akmal Shahira.

Assalamualaikum w.b.t.

1 comment: